1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.
2. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol dilarang sama sekali.
3. Menjaga kebersihan di dalam dan luar rumah. Membuang sampah ke dalam bakul dan tong sampah yang disediakan.
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazirkan api dan air. Tutup lampu, kipas, penyaman udara serta paip air jika ianya tidak digunakan terutama jika tuan/puan meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kebakaran.
5. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak menganggu lalu lintas.
6. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan.
7. Jangan tinggalkan barangan berharga di dalam homestay. Pastikan pintu, gril dan pagar homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan barang persendirian semasa menginap di homestay.
8. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam lubang tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat.
9. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Tuan/puan mungkin terpaksa membayar gantirugi kerosakan yang berlaku akibat kecuaian sendiri.
10. Diharap tuan/puan tidak mengubah kedudukan sebarang perabot dan peralatan dalam homestay.
11. Anggaplah homestay ini umpama rumah tuan/puan sendiri. Diharap tuan/puan dapat mengemaskan homestay ini sepertimana ketika tuan/puan masuk (check-in) khususnya ketika tuan/puan hendak keluar (check-out).
12. Pengurus homestay berhak memasuki premis pada bila-bila masa jika difikirkan perlu. Bagaimanapun pengurus biasanya akan memaklumkan kepada tuan/puan terlebih dahulu jika ingin berbuat demikian.
13. Sila patuhi masa check-in (paling awal 2.00pm) dan check-out (12.00pm) yang betul Sila call/sms pengurus/tuan rumah setengah (1/2) jam sebelum check-in dan check-out. Tuan/puan boleh minta check-out lewat dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan dengan caj tambahan RM10.00/jam
"KESELESAAN TUAN/PUAN MENJADI KEUTAMAAN KAMI"
No comments:
Post a Comment